test
Search publications, data, projects and authors

Article

Arabic, English, Other

ID: <

oai:doaj.org/article:ea7f2d0b5087444da5c0995c1c8429cf

>

·

DOI: <

10.33102/mjsl.vol8no2.263

>

Where these data come from
AGIHAN FARAID MELALUI KAEDAH AL-RADD (PULANGAN SEMULA) SEBAGAI MEKANISME KEBAJIKAN WARIS DAN AMALAN DI MALAYSIA

Abstract

Kemelut pengurusan harta keluarga yang melibatkan harta pusaka semakin merumitkan saban hari sehingga memberi kesan kepada kebajikan waris. Pensyariatan hukum faraid yang meletakkan matlamat akhir iaitu memberi hak kepada yang berhak seharusnya dilihat secara menyeluruh dalam menyelesaikan kemelut ini. Kaedah al-radd (pulangan semula) merupakan sebahagian hukum faraid yang menumpukan kepada strategi untuk menghabiskan lebihan pusaka dengan menyerahkan semula kepada waris si mati yang ada terutama waris ashāb al-furūd. Justeru itu, makalah ini bertujuan untuk menjelaskan kedudukan al-radd sebagai satu kaedah agihan dalam hukum faraid. Tumpuan akan diberikan kepada pandangan ilmuan faraid berkaitan kaedah ini dan bentuk pengiraannya untuk menjaga kebajikan waris. Selain daripada itu, perbincangan akan menghuraikan sejauhmana penerimaan kaedah ini untuk diterima pakai di Malaysia. Untuk mencapai tujuan tersebut, penulisan ini adalah berbentuk kualitatif iaitu berdasarkan pengumpulan data yang memfokuskan metode kepustakaan. Analisis data memfokuskan nas-nas syarak dan huraian ilmuan fiqh berkaitan kaedah al-radd. Hasil kajian mendapati terdapat perselisihan pandangan mazhab fiqh dalam agihan faraid menggunakan kaedah al-radd. Keterikatan untuk menjadikan mazhab Syafie sebagai rujukan utama di Malaysia merupakan sebahagian kekangan untuk melaksanakan kaedah ini dan seterusnya menyebabkan kebajikan waris ashāb al-furūd tidak dapat dicapai.

Your Feedback

Please give us your feedback and help us make GoTriple better.
Fill in our satisfaction questionnaire and tell us what you like about GoTriple!